Sahur Bersama Overnight Rolled Oat Fruits ESP
- Sahur yang sihat dan mengenyangkan membanttu kita kekal bertenaga sepanjang hari! Overnight oat dengan ESP Shaklee adalah pilihan terbaik kerana ia kaya dengan protein, serat, dan tenaga berpanjangan.
Bahan-bahan :
- 1/2 cawan rolled oats
- 1 sudu besar ESP Shaklee
- 1/2 cawan susu rendah lemak / susu almond
- 1 sudu madu ( pilihan )
- 1/2 biji pisang ( dilenyek )
- buah-buahan segar ( strawberi, blueberry, mangga )
- kacang badam atau chia seeds ( pilihan )
Cara Penyediaan :
- Campurkan semua bahan dalam balang atau bekas bertutup.
- Gaul rata dan simpan dalam peti sejuk semalaman.
- Keesokan paginya, terus boleh dinikmati! Tambah buah segar atau kekacang untuk lebih rasa & khasiat.
Sahur jadi lebih mudah, sedap & mengenyangkan dengan Overnight Oat ESP!
Resepi ESP + Buah Naga
- Minuman sihat dan menyegarkan ini sesuai untuk sahur, sarapan atau minum petang! Gabungan ESP Shaklee dan buah naga bukan sahaja sedap, tetapi juga kaya dengan protein, serat, dan antioksidan untuk tenaga berpanjangan dan kulit lebih berseri.
Bahan-bahan :
- 2 sudu ESP Shaklee
- 1/2 biji buah naga merah ( dipotong kecil )
- 200ml susu rendah lemak / susu almond / air kosong
- 1 sudu madu ( pilihan )
- Ais secukupnya ( jika suka sejuk )
Cara Penyediaan :
- Masukkan semua bahan ke dalam blender
- kisar hingga sebati dan berbuih
- Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk dinikmati!
Minuman ini bukan sahaja membantu mengekalkan tenaga & rasa kenyang lebih lama, tetapi juga memberikan kulit lebih sihat dan berseri.
Resepi ESP + Dried Cherries
- Minuman ini sesuai untuk sahur, membantu rasa kenyang lebih lama dan memberi tenaga berpanjangan hingga waktu berbuka!
Bahan-bahan :
- 2 sudu ESP Shaklee
- 250ml susu rendah lemak / air kosong
- 1 sudu madu (pilihan )
- Segenggam dried cherries
- Ais ( jika suka sejuk )
Cara Penyediaan :
- Masukkan semua bahan ke dalam shaker atau blender
- kisar hingga sebati dan berbuih
- Tuang ke dalam gelas dan sedia untuk diminum!
Minuman ini bukan sahaja sedap tetapi juga membantu mengekalkan tenaga, mengenyangkan, dan menyokong kesihatan usus.
0 Comments
Post a Comment