Assalamualaikum wbt:
Solat sunat dhuha adalah solat yang ditunaikan setelah naik matahari pada waktu pagi, iaitu sekitar pukul 8 pagi sehingga 12 tengah hari, iaitu sebelum tiba waktu zuhur.
Dalam waktu dhuha ini, kebanyakkan orang berada dalam kesibukan duniawi, ada yang sedang bekerja, melakukan rutin harian dan sebagainya. Maka dengan itulah Allah SWT menjanjikan nikmat dan pulangan yang cukup besar bagi sesiapa yang merebut masa ini untuk mendirikan solat sunat dhuha.
Allah bukan sahaja menyayangi sesiapa yang melazimi dhuha, bahkan sentiasa mencukupkan rezekinya dengan berlipat kali ganda. Maka rugilah sesiapa yang sengaja melepaskan keistimewaan ini.
Selain itu, terdapat banyak lagi nikmat dan kelebihan dalam menunaikan solat dhuha, antaranya :
1. Disukai Allah SWT
Allah sangat menyukai golongan hambanNya yang mengerjakan solat dhuha, walaupun hanyalah dua rakaat tetapi ianya ibadah yang membuatkan pelakunya sentiasa disayangi oleh Allah SWT.
"Amalan yang paling disukai oleh Allah SWT adalah yang berterusan dilakukan oleh pelakunya walaupun ia sedikit"
(Hadis Riwayat Muslim)
2. Sebagai Sedekah Yang Tak Disedari
Daripada Abi Zar r.a, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda :
"Pada pagi hari, setiap sendi salah seorang daripada kamu memerlukan kepada sedekah. Maka, setiap tasbih ( Subhanallah) itu adalah sedekah, setiap tahmid (Alhamdulillah) itu adalah sedekah, setiap takbir (Allahuakbar) itu adalah sedekah, menyuruh berbuat perkara yang baik adalah sedekah, melarang daripada perkara yang mungkar adalah sedekah. Dan semua itu cukup (bersedekah kepada semua sendi itu) dengan dua rakaat yang telah didirikan oleh seseorang itu daripada solat dhuha."
0 Comments
Post a Comment