SIHAT ITU JIHAD ( MENTAL & FIZIKAL)

 APAKAH KESIHATAN MENTAL?

Kesihatan mental adalah situasi dimana seorang individu menyedari potensinya boleh berdaya
tindak terhadap stress kehidupan, boleh bekerja dengan produktif dan boleh menyumbang kepada masyarakat.
KESIHATAN MENTAL JUGA MERUJUK KEPADA :
🌸 Cara kita berfikir, merasa dan cara kira bertindak.
🌸 Cara kita menghadapi masalah dan mengatasinya.
🌸 Cara kita berinteraksi dengan orang lain.
MASALAH KESIHATAN MENTAL :
🌸 Kemurungan.
🌸 Kecelaruan kebimbingan umum.
🌸 Kecelaruan panik.
🌸 Kecelaruan obsesif kompulsif.
🌸 Kecelaruan stress selepas trauma.
🌸 Gangguan tidur.
APAKAH YANG MEMPENGARUHI KESIHATAN MENTAL?
🌸 Cara / corak asuhan seseorang.
🌸 Tahap pendidikan.
🌸 Agama dan budaya kita.
🌸 Pengaruh persekitaran ( rakan sebaya, guru-guru)
🌸 Keistimewaan, kelemahan dan pencapaian seseorang.
🌸 Kesihatan fizikal.
Kesihatan mental mempengaruhi kesihatan fizikal, kualiti kehidupan dan produktiviti seseorang.
APA ITU KEMURUNGAN ?


Kemurungan adalah gangguan perasaan yang menyebabkan seseorang itu merasa sedih yang berpanjangan, keletihan dan ketiadaan tenaga, cepat marah serta kehilangan minat dalam aktiviti harian. Ia berlarutan  sekurang-kurangnya dalam 2 minggu. Penyakit ini boleh dihadapi kepada sesiapa sahaja tidak kira umur, jantina atau bangsa. Kemurungan boleh berlangsung lama sehingga berbulan-bulan atau bertahun-tahun.
TANDA - TANDA KEMURUNGAN :
🌸 Hilang minat terhadap aktiviti harian.
🌸 Hilang tumpuan terhadap pekerjaan.
🌸 Masalah atau gangguan tidur.
🌸 Perubahan selera makan.
🌸 Penurunan atau peningkatan berat badan.
🌸 Mudah letih.
🌸 Rasa bersalah yang keterlaluan.
🌸 Putus harapan.
🌸 Rasa rendah diri yang keterlaluan.
KEMURUNGAN & PENYAKIT JANTUNG
Di seluruh dunia dianggarkan 17 juta kematian setiap tahun akibat penyakit jantung. Di malaysia 15.2% kematian disebabkan penyakit jantung. Satu daripada 2 orang pesakit jantung atau mengalami kemurungan. Setiap serangan penyakit jantung akan menambahkan keterukan kemurungan dan ini akan meningkatkan risiko kematian.
Kemurungan boleh memburukkan lagi keadaan penyakit jantung, ianya boleh menyebabkan : 
🌸 jantung berdenyut dengan laju.
🌸 Tekanan darah tinggi.
🌸 Darah menjadi bertambah pekat.
🌸 Tahap hormon stress meningkat.
KEMURUNGAN & DIABETES
Di Malaysia 1 dari 7 orang dewasa menghidap diabetes. Pesakit diabetes mempunyai lebih 3 kali risiko untuk mendapat kemurungan berbanding dengan individu yang sihat.
Bagaimana diabetes mempengaruhi kesihatan mental?
Pesakit diabetes mungkin akan mengalami masalah kesihatan mental akibat :
🌸 Perasaan bimbang menghadapi masa hadapan.
🌸 beban penjagaan kesihatan diri yang bertambah.
🌸 gangguan imbangan semulajadi hormon di dalam tubuh pesakit diabetes akan menyebabkan seseorang mudah mendapat kemurungan.
KEMURUNGAN & HIV/AIDS
Di seluruh dunia 40 juta orang dijangkiti HIV/AIDS. Di Malaysia lebih 60,000 orang dijangkiti HIV/AIDS. Satu pertiga pesakit HIV akan mengalami kemurungan yang biasa tidak dikesan. Kemurungan mengurangkan tenaga yang diperlukan untuk mengekalkan kesihatan dan juga menyebabkan penyakit HIV bertambah teruk.
HIV/AIDS boleh menyebabkan masalah kesihatan mental melalui :
🌸 kesan langsung penyakit kepada otak.
🌸 Stigma penyakit.
🌸 diskriminasi.
🌸 Perasaan takut kepada kematian.
BAGAIMANA ANDA BOLEH MENOLONG DIRI SENDIRI DAN ORANG LAIN ?
Selain mendapatkan nasihat profesional, terdapat beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk membantu diri sendiri dan orang lain yang menghidap penyakit fzikal.
✅ Berkongsi kebimbangan dan masalah dengan orang lain. Anda mungkin merasa lega selepas berkongsi masalah anda.
✅ Bertanya kepada doktor anda tentang perkara-perkara yang anda tidak pasti tentang penyakit.
✅ Imbangi keperluan kehidupan anda dengan halangan penyakit. Ketahuilah tahap kemampuan anda.
✅ Amalkan pemakanan yang seimbang dan sihat, hilang selera makan akibat kemurungan boleh merumitkan kesihatan mental.
✅ Melakukan senaman sebagai aktiviti harian.
✅ Amalkan pengambilan ubat-ubatan mengikut nasihat doktor.



Post a Comment

0 Comments

Contact Form