Assalamualaikum
Semua orang impikan kulit yang cantik kan? Kalau tak dapat kulit yang gebu dan halus, cukup lah sekadar kalau kulit tu tak ada masalah contohnya kulit berminyak, berjeragat atau berjerawat. Bila ada masalah kulit sebegini, sudah tentu kita cuba mencari solusi untuk mengatasinya. Antaranya samaada menggunakan produk kecantikan kulit berupa skincare atau pun mengamalkan pengambilan vitamin?
Sebenarnya ada pro dan contra jika kita mengambil produk kecantikan berupa sapuan ke atas kulit wajah ataupun mengambil supplement atau vitamin untuk kecantikan kulit. Untuk saya sendiri, saya lebih suka mengamalkan pengambilan vitamin kerana selama bertahun-tahun saya mengamalkan skincare yang berbeza-beza, tetapi kesemuanya tidak bersesuaian dengan saya. Kadang kala saya skip mengamalkan skincare.
Kebiasaanya produk kecantikan yang berasaskan sapuan ini juga bergantung kepada keadaan kulit pengguna. Tak semestinya bila model yang mempromosikan produk tersebut sesuai dengan skincare tersebut, kita pun sesuai. Pemilihan skincare juga perlukan trial and error. Bukan semua jenis skincare sesuai untuk semua jenis kulit.
Berbanding dengan vitamin, ia direka untuk memperbaiki keadaan kulit kita dari dalam. Contohnya pengambilan Vitamin C dapat memberikan kecerahan kulit. Protein pula membantu memperbaiki tekstur kulit dan menggantikan kulit yang mati dengan sel kulit yang baru.
Untuk diri saya sendiri, saya mengamalkan pengambilan set kecantikan Shaklee. Saya tak berani untuk mencuba segala produk kecantikan yang berada dipasaran kerana bimbang ia tidak sesuai dengan keadaan kulit saya.
Personally, saya anggap set kecantikan Shaklee ini sudah cukup lengkap untuk saya. Vitamin C dapat mencerahkan kulit, manakala ESP membantu menggantikan sel kulit yang mati kepada sel kulit yang baru.
Ini adalah vitamin kecantikan asas yang saya amalkan sejak saya menjadi pengamal Vitamin Shaklee. Alhamdulillah, saya jarang mengalami masalah kulit seperti jerawat atau kulit berminyak sepanjang saya mengamalkannya.
Jika anda masih belum buat keputusan samaada ingin mencuba produk kecantikan atau mengambil vitamin, dapatkan nasihat dari pakar kulit jika kulit anda mempunyai masalah. Bila anda sudah pastikan kulit anda bebas dari sebarang masalah, anda boleh mencuba produk kecantikan yang anda inginkan.
Berminat untuk mendapatkan Produk Shaklee boleh lah menghubungi saya segera ke 📲 01165166321. Jika berminat untuk menjadi ahli Shaklee boleh klik » daftar keahlian
Jika anda berminat untuk menjana income shaklee dengan mudah, boleh baca disini terlebih dahulu. Mudahnya Buat Bisnes Shaklee 2021.
JANA INCOME WAKTU PKP
0 Comments
Post a Comment