Assalamualaikum wbt,
Berpuasa sudah menjadi sebahagian daripada pelbagai budaya di seluruh dunia sejak dahulu lagi. Berpuasa adalah menahan diri dari makan, minum atau kedua-duanya untuk tujuan kesihatan atau keagamaan.
Apa Yang Berlaku Kepada Badan Kita Apabila Kita Berpuasa?
1. 4-8 Jam
- Paras gula dalam darah menurun.
- Semua makanan di dalam perut sudah dicerna.
- Insulin tidak lagi dihasilkan.
- Makanan yang diambil telah dibakar.
- Sistem pencernaan berehat.
- Hormon pertumbuhan manusia ( HGH) untuk penghasilan dan regenerasi sel mula meningkat.
- Glukagon dirembeskan untuk menyeimbangkan paras gula dalam darah.
- Lemak yang disimpan ditukarkan kepada tenaga.
- Meningkatkan lagi Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH).
- Badan sedang meningkatkan pembakaran lemak.
- Badan kita menggunakan tenaga untuk menjalankan proses detoksifikasi dan lebih banyak tenaga diperlukan untuk mencerna makanan. Apabila badan kita tidak mencernakan makanan, ia akan dapat memfokuskan tenaganya kepada proses penyingkiran toksin dan penyembuhan.
- Berpuasa akan melatih badan kita untuk membakar lemak bagi mendapatkan tenaga. Bahkan, ia juga boleh memberi manfaat kepada mekanisma penurunan berat badan secara semulajadi dengan mengaktifkan mod pembakaran lemak pada badan kita.
- Apabila badan mula membakar lemak dan bukan glukosa, ia akan membekalkan tenaga kepada otak dan badan. Berpuasa juga akan meningkatkan paras Hormon Pertumbuhan Manusia (HGH) yang akan meningkatkan tenaga.
- Berpuasa meningkatkan paras hormon otak yang menyokong perhubungan sel-sel otak dan pertumbuhan neuron baharu. Seterusnya, ia akan meningkatkan keupayaan pembelajaran, daya ingatan yang lebih baik dan fungsi otak.
- Ketika Berpuasa, tiada glukosa baharu yang akan dibekalkan kepada badan kita. Jadi, badan kita tidak mempunyai pilihan lain kecuali menggunakan glukosa yang tersimpan dan secara langsung akan mengekalkan paras glukosa dalam darah kita.
- Berpuasa telah dibuktikan baik untuk kesihatan jantung kerana dapat membantu menyokonh tekanan darah, paras kolesterol dan trigliserida yang sihat.
- Berpuasa membantu merehatkan tubuh badan kita. Jadi, tenaga badan akan lebih difokuskan untuk melupuskan sel-sel lama yang rosak dan menjalankan proses pemulihan. Kemudian, tindak balas antikeradangan semulajadi badan kita dapat ditingkatkan.
- Kajian mengesyorkan untuk berpuasa sekurang-kurangnya 12 jam atau lebih (jika kita mampu) untuk memaksimumkan manfaat berpuasa.
- Apabila kita berada dalam tempoh makan, jangan lupa untuk mengamalkan diet seimbang yang mengandungi nutrien yang mencukupi dan mempraktikkan gaya hidup sihat untuk memaksimumkan manfaat kesihatan berpuasa.
Peluang keemasan sementara masih ada, daftar ahli Shaklee online. Isikan semua details yang diperlukan. Tapi, lepas dah isi... anda masih belum sepenuhnya register tau!! Kena aktifkan akaun Shaklee. Macam mana nak aktifkan? Lepas dah isi form Daftar Sekarang, dan dah pun dapat SMS dari Shaklee yang mengandungi ID anda.. Terus contact Farah, Klik Sini
0 Comments
Post a Comment