Assalamualaikum wbt: Kepentingan Folic Acid yang wajib anda tahu ketika hamil. Folic Acid bertindak mengelakkan bayi terkena kecacatan pada saraf tunjang dan otaknya - Neural tube Defects (NTD).
Folic Acid sangat sinonim dengan ibu yang sudah hamil kerana mereka hanya mengetahui kewujudan Folic Acid ini selepas disahkan hamil. Akan tetapi, ramai yang tidak tahu bahawa Folic Acid ini perlu diambil lebih awal sebelum hamil untuk membantu pertumbuhan janin yang bakal dikandung membentuk dengan sempurna.
Supplement Folic Acid ini sangat digalakkan untuk dijadikan sebahagian daripada amalan pemakanan harian antara 3 hingga 6 bulan sebelum hamil. Jadi yang bakal berkahwin dan merancang untuk mendapatkan cahaya mata dengan cepat, disarankan mengguna lebih awal.
Folic Acid adalah salah satu vitamin dalam kumpulan B. Ia wujud secara semulajadi sebagai folat dalam kekacang, sayuran hijau, beberapa buah, yis & ekstrak daging lembu. Sesetengah makanan seperti roti & bijirin sarapan diperkuat dengan Folic Acid.
B-Complex Shaklee mengandungi 8 Vitamin B yang penting. Setiap satunya mempunyai fungsi dan khasiat.
1. Vitamin B1
Melegakan simptom kemurungan, diperlukan untuk membantu menukar karbohidrat yang kita makan menjadi glukosa, penting untuk kawalan gula darah, ini mempunyai kesan besar pada tahap keresahan. Sumber semulajadi Vitamin B1 terdapat dalam :
- Beras merah
- Kuning telur
- Ikan
- Kacang dan Gandum
2. Vitamin B2
Membantu mengurangkan gejala tekanan fizikal yang biasanya sakit kepala dan kemurungan, meningkatkan keupayaan sistem imun untuk menangkis tekanan dan keresahan yang diperlukan pada tahap sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga.
Riboflavin memastikan mata kita sihat dan kulit kita kelihatan bercahaya dan segar. Ibu hamil perlu mengambil 1.4mg Riboflavin setiap hari. Ibu yang tidak hamil memerlukan 1.1mg setiap hari. Sumber semulajadi Vitamin B2 terdapat dalam :
- Ayam
- Ayam Belanda
- Ikan
- Produk tenusu
- Sayur hijau
- Telur
3. Vitamin B3
Dalam Pembinaan neurotransmitter, serotonin yang membantu kita bertindak balas terhadap keadaan yang tertekan diperlukan di peringkat sel untuk menukar glukosa menjadi tenaga membantu menjaga kulit, sistem saraf dan sistem percernaan yang sihat.
Vitamin B3 (niacin) bekerja keras untuk meningkatkan percernaan dan metabolisme nutrien kita. Doktor mengesyorkan bahawa Ibu hamil mengambil 18 mg setiap hari. Makanan tengahari yang lazat dan sedap daripada sumber bijirin roti dan salad tuna yang segar menjadi sumber niasin yang sangat baik.
4. Vitamin B5
Vitamin B5 membantu dalam hormon dan dapat menghilangkan kekejangan kepada kaki. Ibu hamil memerlukan kira-kira 6mg Pantotenik setiap hari. Sarapan yang mengandungi jumlah Vitamin B5 yang baik boleh dapati dari sumber kuning telur atau bijirin-bijirin yang penuh.
Dengan itu, makanan tengahari pula kaya dengan Vitamin B5 dengan beras perang, brokoli dan kacang gajus. Manakala waktu petang sumber Vitamin B5 boleh didapati daripada sumber biskut mentega dan segelas susu boleh melengkapkan keperluan harian kita.
5. Vitamin B6
Vitamin B6 memainkan peranan dalam perkembangan otak dan sistem saraf bayi kita yang sedang membesar. Ia juga penting untuk menghasilkan norepinephrine dan serotinin. Vitamin B6 boleh membantu mengurangkan simptom kehamilan menjadi loya dan muntah.
Beberapa sumber semulajadi Vitamin B6 termasuk :
- Daging
- Hati
- Ginjal
- Ikan
- Kacang dan beras tumbuk
- Hati
- Kunig telur
- Susu
- Yis
- Buah oren
- Buah anggur
- Sayuran hijau seperti bayam
- Brokoli
- asparagus
- kacang
- Roti dan bijirin
- Susu
- Ayam itik
- Ikan
Peluang keemasan sementara masih ada, daftar ahli Shaklee online. Isikan semua details yang diperlukan. Tapi, lepas dah isi... anda masih belum sepenuhnya register tau!! Kena aktifkan akaun Shaklee. Macam mana nak aktifkan? Lepas dah isi form Daftar Sekarang, dan dah pun dapat SMS dari Shaklee yang mengandungi ID anda.. Terus contact Farah, Klik Sini
Baca : B-COMPLEX - KEISTIMEWAAN, KANDUNGAN NUTRISI, FUNGSI DAN HARGA
0 Comments
Post a Comment