RAHSIA REZEKI TAK PUTUS - PUTUS

Assalamualaikum,  Kuncinya pada bagaimana kita membahagikan masa untuk dunia dan akhirat.

Rahsia paling utama :

Kita ubah waktu pagi kita. Ia disebut sebagai “Golden Time” dalam 1 hari.

Biasanya kita akan bangun pagi, urus diri dan solat subuh. Kemudian tergesa - gesa ke tempat kerja atau belajar.

Perasan tak, itu tandanya awal pagi lagi kita sudah mengejar dunia.

Kita ubah.

Waktu Awal Pagi 

4.30 pagi - Bangun Tahajud

  • Solat tahajud 4 rakaat
  • Solat taubat 2 rakaat
5.30 pagi - Zikir
  • Allah ( 1,000 kali )
  • Selawat ke atas Nabi ( 1,000 kali )
6.00 pagi - Subuh
  • Solat sunat subuh ( 2 rakaat )
  • Solat subuh ( 2 rakaat )
6.30 pagi - Tamat

Jumlah masa : Hanya 2 jam

Sebelum Tengahari ( sebaiknya sebelum mula waktu bekerja atau waktu rehat pendek )

8.30 pagi - Solat Dhuha
  • Solat Dhuha 4 rakaat
  • Zikir Allah Ya Bariq ( 40 kali )
8.45 pagi - Tamat

Jumlah masa : Hanya 15 minit

Selepas Tengahari

1.30 petang - Solat Zuhur
  • Solat sunat 4 rakaat sebelum zuhur
  • Solat zuhur 4 rakaat
  • Solat sunat 4 rakaat setelah zuhur
  • La ialah illallah al malikul haqqul musim ( 100 kali )
2.00 petang - Tamat

Jumlah masa : Hanya 40 minit

Waktu Malam

7.30 malam - Solat Maqhrib
  • Solat Maqhrib
  • Solat sunat 2 rakaat setelah Maqhrib
  • Baca Al-Quran / Yasin
8.30 malam - Solat Isya’
  • Solat Isya’
  • Solat sunat 4 rakaat setelah Isya’
8.45 malam - Tamat

11.00 malam - Taubat
  • Solat sunat taubat 2 rakaat
  • Surah Al Mulk
11.15 malam - Tamat

Jumlah masa : Hanya 1 jam 30 minit

Jumlah keseluruhan masa yang diperuntukkan adalah 4 jam 10 minit

Kita berbaki 19 jam 50 minit. Inilah masa kita untuk dunia.

Nampak macam banyak je ibadah yang kita perlu buat, tetapi hakikatnya tak sampai suku pun dari apa yang Allah berikan pada kita.

Ini pun,

Jika kita lakukan secara ikhlas dan Istiqamah, hikmahnya Allah taburkan rezeki buat kita secara tak putus-putus serta dari arah yang tidak kita sangkakan. Urusan dipermudah serta bahagia dunia akhirat.

JOM MULA HARI INI….

Post a Comment

0 Comments

Contact Form